Thursday, 28 April 2016

Harga Minyak Mei 2016 Petrol RON95 RON97 Diesel

Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Terkini Bermula 1 Mei 2016. Harga minyak Mei 2016 naik atau turun? Bulan April 2016 akan berakhir pada hari Sabtu ini dan pada malam 30 April 2016, harga minyak terkini Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan Mei 2016 akan diumumkan. Ianya adalah hasil daripada pengumuman kerajaan pada 21 November 2014 yang lalu yang antara lain memaklumkan mengenai pelaksanaan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014. 

Harga Minyak Mei 2016
 

Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia serta nilai tukaran wang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.

Harga Terkini Minyak Petrol Dan Diesel Bermula 1 Mei 2016

Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada hari Ahad, 1 Mei 2016, harga runcit petrol dan diesel bagi bulan Mei 2016 adalah kekal dan tidak berubah dari bulan lepas seperti berikut:
  • RON95 : * RM1.70 seliter : Tidak berubah (RM1.70 seliter)
  • RON97 : * RM2.05 seliter : Tidak berubah (RM2.05 seliter)
  • DIESEL : * RM1.55 seliter : Tidak berubah (RM1.55 seliter)
  • EURO 5 Diesel : RM1.65 seliter

* Harga bulan lepas April 2016 dalam kurungan

Harga Rasmi Minyak Petrol Dan Diesel Di Malaysia (Disember 2014 Hingga Kini)

Berikut dikongsikan harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Di Malaysia dari tarikh mula dikuatkuasakan (Disember 2014) sehingga kini sebagai panduan buat pengguna semua :- 
BulanHarga Petrol RON95 (RM/liter)Harga Petrol RON97 (RM/liter)Harga Diesel (RM/liter)
April 16* 1.70* RM2.05 termasuk 6% GST* RM1.55
Mac 2016* 1.60* 1.95 termasuk 6% GST* 1.35
Februari 2016* 1.75* 2.05 termasuk 6% GST* 1.35
Januari 2016* 1.85* 2.25 termasuk 6% GST* 1.6
Disember 2015* 1.95* 2.45 termasuk 6% GST* 1.9
15-Nov2.052.45 termasuk 6% GST1.9
Oktober 20152.052.45 termasuk 6% GST1.9
15-Sep1.952.35 termasuk 6% GST1.8
Ogos 20152.052.45 termasuk 6% GST1.95
Julai 20152.152.55 termasuk 6% GST2.05
15-Jun2.052.35 termasuk 6% GST2.05
Mei 20151.952.25 termasuk 6% GST1.95
15-Apr1.952.25 termasuk 6% GST1.95
Mac 20151.952.251.95
Februari 20151.721.7
Januari 20151.912.111.93
Disember 20142.262.462.23

Dari jadual harga minyak di atas, mungkin terdapat perubahan sedikit naik atau turun untuk Harga Petrol RON95 RON97 Diesel Bulan Mei 2016.


EmoticonEmoticon