Berkenaan bil tinggi, mohon pm kepada pihak kami nombor akaun untuk semakan pihak kami. Terima kasih.
Jadual Kadar Tarif Elektrik Terkini TNB 2016
Berikut dikongsikan kadar tarif elektrik TNB untuk Semenanjung Malaysia bagi kategori A : Kediaman untuk panduan semua. Kadar ini berkuat kuasa bermula 1 Januari 2014.A. Kategori Kediaman
KATEGORI TARIF | UNIT | KADAR SEMASA (1 JANUARI 2014) |
---|---|---|
200 kWh pertama (1 - 200 kWh) sebulan | sen/kWh | 21.8 |
Untuk 100 kWh berikutnya (201 - 300 kWh) sebulan | sen/kWh | 33.4 |
Untuk 300 kWh berikutnya (301 - 600 kWh) sebulan | sen/kWh | 51.6 |
Untuk 300 kWh selanjutnya (601 - 900 kWh) sebulan | sen/kWh | 54.6 |
Untuk kWh berikutnya (901 kWh ke atas) sebulan | sen/kWh | 57.1 |
Sumber : TNB
Cara Mengira Bil Elektrik Online
Berikut dikongsikan juga cara mengira bil elektrik TNB secara online. Anda boleh menggunakan kalkulator pengiraan ini untuk mengira anggaran penggunaan elektrik anda dalam tempoh 30 hari.Nota : Sila ambil perhatian bahawa kalkulator bil ini adalah untuk tujuan garis panduan sahaja, dan jumlah bil sebenar anda mungkin berbeza daripada yang dinyatakan dalam kalkulator ini.
Langkah Pengiraan
- Layari Laman Web TNB di TNB Residential Billing dan klik BILL CALCULATOR
- Isi Kategori : Domestik
- Isi Jumlah Penggunaan (kWh) : ? kWh
- Tekan Calculate Bill
- Jumlah Bil Semasa dan ringkasan pengiraan bil eletrik akan dipaparkan
Cara Hubungi TNB
Untuk sebarang masalah sila hubungi TNB di salauran berikut :-Adalah menjadi harapan rakyat Malaysia agar Kadar Tarif Elektrik Terkini TNB tidak dinaikkan dengan mengambil kira keadaan ekonomi dan kos kehidupan yang tinggi masa kini.
EmoticonEmoticon