Cara Mudah Bayar Parkir Kereta Guna Kupon SMS dan Apps. Anda hendak tahu cara bayar parking kereta terkini di kawasan MPJBT, Johor? Dikongsikan dari FB MPJBT, berikut dikongsikan panduan cara-cara membuat pembayaran parkir bermula 1 Mei 2016. Makluman, pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) telah melaksanakan medium pembayaran parkir secara kupon, SMS dan juga Apps (aplikasi mudah alih) di bebearpa kawasan terpilih seperti di bawah ini.
Panduan Pembayaran Parking Kereta Di MPJBT Bermula 1 Mei 2016
Perlaksanaan sistem terkini ini akan dijalankan bermula di Taman Ungku Tun Aminah, Taman Universiti, Taman Bukit Indah dan Taman Nusa Bistari. Bagi kawasan lain, ianya akan dilaksanakan secara berperingkat dimana sistem kupon masih digunakan. Berikut adalah 3 kaedah pembayaran parkir yang terpakai di MPJBT :-A. Penggunaan Kupon
- Mempamerkan kupon parkir yang diperolehi di Ibu Pejabat, Cawangan serta kaunter bergerak MPJBT.
- Kupon juga boleh didapati melalui anggota penguatkuasa parkir dan agen jualan yang akan dikemaskini di papan tanda zon berkupon, laman web, media cetak dan elektronik.
B. Penggunaan Aplikasi Mudah Alih (Apps)
- Aplikasi boleh dimuat turun di Appstore atau Playstore dengan carian “SMSParkir”
- Pembayaran boleh dilakukan samada melalui caj kredit telefon atau e-wallet dengan melengkapkan maklumat No. Kenderaan, No. Petak Parkir, tempoh masa serta rangkaian telekomunikasi di aplikasi mudah alih tersebut.
C. Penggunaan SMS
Cara menggunakan khidmat SMS untuk membayar pcaj parking tempat letak kereta :-- Pengguna menghantar SMS:
Kod Negeri (J) & Tempoh (30minit, 1-10 jam)<jarak> No. Plat Kenderaan <jarak> No. Petak Parkir dan hantar ke 2028
- Contoh: J30 JHR3700 5AAA1
D. Pas Bulanan
- Kadar bayaran adalah RM100 bagi tempoh sebulan.
- Hanya boleh digunakan di dalam kawasan MPJBT.
Waktu Operasi Kuatkuasa Pembayaran Parkir
Setiap hari kecuali hari Jumaat dan cuti umum, bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.Kadar Bayaran:
- ½ jam = RM0.40
- 1 jam = RM0.60
Cara Hubungi
Untuk sebarang aduan dan pertanyaan, sila hubungi:Zen Trillion Sdn Bhd,Semoga panduan Cara Bayar Parkir Kereta Guna Kupon SMS dan Apps di MPJBT ini bermanfaat buat semua dan kaedah teknologi terkini yang diperkenalkan ini mampu memudahkan urusan orang ramai.
401-403 Industrial Building Centre, Technovation Park,
Universiti Teknologi Malaysia, 81300 Johor Bahru, Johor.
Tel: 019-720 0241
1 comments so far
Bolehkah aduan kepada MPJBT dibuat di sini? Saya wakil orang awam yang membuat permohonan pelan ke MPJBT ingin bertanya kenapa banyak pelan permohonan renovation hilang di MPJBT? Jika hilang adakah tiada tindakan susulan atau memberikan suatu kemudahan agar pemohon tersebut dibenarkan membuat kerja-kerja renovation dengan dikeluarkan surat daripada Yang Di Pertua MPJBT?
EmoticonEmoticon