Tuesday, 26 April 2016

Permohonan Kolej Vokasional Di ILKS Jun 2016 Online

Permohonan Kolej Vokasional Di ILKS Sesi Jun 2016 Online. Anda berminat memasuki Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) and masih belum ditawarkan kemasukan di mana-mana Kolej Vokasional (KV) / Sekolah Menengah Teknik (SMT)? Berita baik seperti dikongsikan dari Portal Rasmi KPM yang memaklumakan bahawa murid lepasan Tingkatan Tiga tahun 2015 adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM (yang menjurus kepada program Kolej Vokasional) di ILKS sesi ambilan Jun 2016.

Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional KPM Di ILKS Jun 2016

Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional KPM Di ILKS Jun 2016 

Permohonan kemasukan ke ILKS untuk Program Kolej Vokasional KPM akan dibuka bermula dari 2 Mei hingga 12 Mei 2016. Permohonan hendaklah dibuat secara online.
  • Tarikh Buka : 2 Mei 2016
  • Tarikh Tutup : 12 Mei 2016
  • Applikasi Permohonan : Klik SPTV

Syarat Permohonan Kemasukan Program Kolej Vokasional KPM di ILKS

Berikut adalah syarat-syarat permohonan kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM di ILKS :-

Syarat Umum

  1. Calon adalah seorang Warganegara Malaysia
  2. Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  3. Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  4. Calon mestilah sihat tubuh badan
  5. Calon perlu bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali
  6. Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA
  7. Calon bebas daripada masalah mental, dan
  8. Calon berminat dengan program yang dipohon

Syarat Khusus

  1. Calon perlu memperolehi sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3), dan
  2. Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS)

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai kursus dan tempat yang ditawarkan untuk Program Kolej Vokasional KPM di ILKS :-
NEGERILOKASI/ TEMPATCARA HUBUNGIKURSUS YANG DITAWARKAN
SELANGOREnter Corridor Training Centre, Wisma Enter Coridor, No.30, Jalan Klang Sentral 11/KU5, Klang Sentral Bukit Raja, 41050 Klang, SELANGOR Klang Selangor 4105003-33449830Teknologi Mekatronk (Robotik)
Septronic Skills Training Centre, CH - 6, Apt. Buginvilla, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, SELANGOR Rawang Selangor03-60215993 Collision Repair Reengineering Technician
KRU Academy Sdn. Bhd, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8 Cyberjaya 63000 Selangor03-8319 3888 Kesan Khas Visual & Animasi 2D
SARAWAKPPKS Ilmu Sdn. Bhd.Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya, 93050 Kuching, SARAWAK Kuching Sarawak 93050082-364198Penjanaan Kuasa Elektrik
JT Akademi Sdn. Bhd.No.51, Lot 918, Section 54, KTLD Peace Road, 93450 Kuching, SARAWAK Kuching Sarawak 93450082-370078Subsea Welding Technology dan Oil & Gas Welding Technology
KELANTANAkademi APFT Maintenance Training. Terminal Lama, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, KELANTAN09-7798801Aviation (Ground Handling - Ramp Services)
TERENGGANURanaco Marine Sdn. Bhd. Lot 4538, Kawasan Perindustrian Jakar II Kemaman Terengganu 2400009-8593800Pengajian Nautikal, Teknologi Marin dan Kejuruteraan Kapal

Cara Hubungi

Sila hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884-5089 / 5067 / 5086 / 5088 sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan dan sebagainya.
Selamat membuat Permohonan ILKS Sesi Jun 2016 Online dan semoga anda berjaya.


EmoticonEmoticon